Saturday, March 16, 2013

pre-birthday

semalam masa dinner, awk tanya saya. "Kenapa awk nak kahwin dgn saya?"
Saya blur, xtau nak susun ayat n trus bagi jawapan. "sebab saya dah kenal lama dgn awk."
ok, saya tau tu jawapan xmenepati skema. plus masa tu saya xdpt berpikir dgn rasional.

Hari ni bila saya pikir balik. saya akan jawap soalan awk smalam, "sbb saya sayang sangat kat awak dan hati saya kuat mengatakan yang saya nak hidup dengan awak"

ok, saya tahu jawapan ni pun mcm xmenepati skema juga. but that's what I feel. yes, saya penah ade pakwe sebelum ni, lama jugak dan saya sayang dia jugak masa tu. cuma hati saya xde la kuat nak hidup dengan dia.

nampak x beza dia? i have no specific answer such as awk baik, caring, btanggungjawab bla bla..

as simple as that answer, that makes me wanna marry you.

Sekian.

oh btw, thanks sbb jadi org pertama yg wish and celebrate birthday saya tahun ni even two days advance. I'm happy, touched, thankful :')

Sekian.

Tuesday, January 29, 2013

kata hati

mungkin aku xpunya kecantikan seperti yg kau impikan
kulit yang putih, gebu, licin
wajah yg comel, ayu, cantik
badan yg kecil, kurus, langsing

tapi aku punya sekeping hati
mungkin xsesuci dan sebersih mana
tapi cukuplah untuk menyayangi kau seadanya

walau hati ini sering dirobek dengan sikapmu
tapi kau tetap utuh di situ
dalam hati aku

doa ku agar satu hari nanti
kau mampu lihat dan hargai hati dan perasaan aku
lihat dan hargai seikhlasnya dgn mata hati mu
bukan hanya kata dibibir

ya Allah,
Kau satukanlah hati kami
Kau makna kan lah pertemuan yang telah Kau aturkan ini

ya Allah,
pinjamkan lah dia kepada ku
agar aku dapat terus menjaganya
hingga saat Kau menjemput aku
atau bila sudah tiba masanya untuk aku Kembali kan dia kepadaMu..

Sunday, January 20, 2013

i wish

ya Allah ya tuhanku,
kau berikanlah satu lagi peluang untuk kami,
kau kurniaka lah aku rasa kasih dan sayang yang sederhana,
jauhkanlah aku rasa cinta yg berlebihan untuk nya,

ya Allah ya tuhanku,
andai kali ini aku gagal lagi,
kurniakanlah aku kekuatan
seperti mana yang telah kau berikan dulu..

Saturday, January 12, 2013

kemaafan

kau tahu dan aku juga tahu
apa yang pernah terjadi antara kita
sehingga aku membawa diri
sepi seribu bahasa

malam itu,
kau datang dah tagih maaf dari ku
tapi kenapa sekarang?
kenapa bukan saat perkara itu terjadi dulu

kau kata dulu kau ego
aku kata TIDAK
kerana bagi aku kau bukan ego
tapi maaf itu tidak membawa apa erti bagimu

jadi usah ditagih maaf
yang hanya akan dihargai selama sebulan
atau mungkin seminggu
atau hanya beberapa hari
atau mungkin hanya 5 saat

bukan rasa EGO yang harus dibuang dalam hidup mu
tapi sikap HIPOKRIK.

kau tahu apa maksudku
dan aku yakin kau lebih mengerti...


Tuesday, November 13, 2012

hikmah

perjalanan hidup ini memang tidak selalunya indah
ada pasang dan surutnya
ada atas ada turunnya
ada cinta dan juga benci

kalau aku pilih membenci
maksudnya aku menidakkan takdir yang telah tuhan tulis untuk hidup ku
dan tuhan tidak akan menjadikan sesuati tanpa hikmah disebaliknya

sentiasalah bersangka baik
pada sesama manusia dan pada tuhan
tuhan tidak pernah menemukan kita dengan orang yg salah
cuma Dia ingin kita bertemu dengan orang yang boleh mengajarkan kita tentang sesuatu
walaupun dengan cara yang agak pahit,,

perancangan tuhan itu adalah sebaik-baik rancangan..

Thursday, September 27, 2012

after a month..

salam. ni first time aku update blog guna phone.. berabad jugak dah xmenulis disini.. Alhamdulillah, da sebulan aku jalani kehidupan yang baru. tiada lagi istilah pelajar.. sekarang dah jadi pekerja pula.. kadang2 bila byk keja kena buat, rindu pulak zaman belajar dulu.. masa study at least ada free time.. tp skunk nk cuti pun xde masa.. kena tunggu weekend jela.. how i miss that moment..

selain tu, da sebulan juga aku xmendengar berita dari dia.. mmg kali ni aku tekad. xkan aku cari dia lagi. dan xkan aku benarkan dia masuk dalam hidup aku lagi.. cukup2la bertahun aku menjadi si buta.. membenarkan apa sahaja perbuatannya walaupun menyakitkan.. cukup2 juga la aku cuba menjadi yang baik utk dia. ini bukan drama atau novel! dan aku xkan menjadi watak utamanya lagi..

utk semua perbuatannya.. xkan pernah tpadam.. tp akan aku simpan dlm kotak pikiran yg plg dalam.. dan aku akan cuba lupakn dia.. xingin aku ingat manusia seperti itu.. aku xmenyesal kenali dia.. mungkin ada hikmah.. tp aku xingin berjumpa dgn dia lagi.. atau mana2 manusia sepertinya.. cukuplah yang dulu.. bukan sengaja aku tanamkan rasa benci ini. tp klu dgn rasa benci ni aku boleh buang dia dari hidup aku.. aku terima.. ye, aku bkn manusia sempurna!

Monday, July 9, 2012

Prejudice

manusia mudah menghakimi
sedangkan mereka tidak tahu hujung pangkalnya
mengapa kesalahan diseberang sungai yang dihebah-hebahkan
sedangkan kekotoran didepan mata hanya dilihat dengan mata terbuka

manusia
tak adil kau meletakkan hukuman pada yang bukan tempatnya
syurga dan neraka bukan terletak ditanganmu
jijik diluar bukan bermakna kotor didalam
dan yang indah diluar tidak semestinya indah keseluruhannya

kadang benar niatmu ikhlas
menegur untuk membetulkan yang salah
tapi setiap teguran ada hemahnya
bukan secara membabi buta

sekadar peringatan untuk diri ini
"baik buruk nya seseorang itu bukan kita yang melabelkan. hanya Dia selayaknya"

Wednesday, June 27, 2012

terima kasih

dah berapa kali mencuba
tapi hasilnya tetap sama
si dia masih disini
sentiasa disisi

untuk menghormati permintaannya
takkan aku biarkan segala kenangan hancur begitu saja
jikalau jodoh memihak pada kita
aku tersenyum
jika tidak
aku tetap tersenyum

:')

Thursday, June 7, 2012

i'm sorry

i did it on purpose
i've failed to control myself from loving you
i did it on purpose
so that you'll hate me
and throw me from your life

Now, you've hate me
although it hurts
and it's not what i really want
i have to let it go
i have to let you go

forgive me for what i've done
i just cant keep this feeling any longer
coz i know
sooner or later
you'll never be mine
forever.



Tuesday, June 5, 2012

Might

we might not be the best couple
we might not be the best friend
but i hope
someday,
we may be the best someone for somebody else

Tuesday, May 15, 2012

jangan sakiti aku kerana kasih sayangku
jangan lukai aku kerana cintaku
jangan khianati aku kerana kesetiaanku
jangan menghukum aku bila hati ini tetap untukmu.

Monday, April 30, 2012

saat kau dikecewakannya. aku tak pernah bersorak gembira
malah aku menitiskan air mata untuk kesakitan yang kau lalui
melihat kau meninggalkan aku hanya untuk disakitinya
hati aku bertambah sakit..

sedalam mana aku cuba membenci
aku tetap membuang perasaan itu jauh-jauh
hanya untuk berada di saat kau memerlukan
dan bila kau sudah pulih
aku masih begini
menitiskan airmata menahan rasa.

Countdown!

Now it's already half confirmed. i'm going back on 22 june and arrive on 24 june. For now, I'm so speechless. I'm going to leave this place and come back to the place where I belong to. 2 years is enough to make me feel like this place is mine. Less than 2 months, I'll be with my family, my old friend and my old place. I miss those people, the environment, the foods and all about Malaysia. But I'll also going to miss all these blondy people, the season and the place where I'm studying now. And the thing that  I'll never forget and miss the most, my cat. I have to leave him here and I don't know when I get to see him again. ;'( How he will go on with his life without me. Where he's gonna be after this. I seriously have no idea. Now, I'm counting my days. Every second of my life here is precious and I'll never let it go just like that.

Wednesday, April 25, 2012

ini aku

aku suka gelak
aku suka menangis

aku gelak bila lawak
aku gelak untuk ambil hati

aku menangis bila sakit
aku menangis bila marah

bila aku sayang
aku sayang sepenuh hati
bila aku benci
aku pergi mendiamkan diri

aku tak suka caci
aku tak suka maki
aku benci mencarut

sayang aku kucing
sayang aku pada yang comel
simpati aku pada yang kurang
cinta aku pada yang satu

aku selesa sendiri
tak perlu ramai orang
tak perlu hingar bingar
sendiri buat aku sepi
sendiri buat aku happy

terima kasih pada yang suka
terima kasih pada yang benci

ini aku.


Tuesday, April 24, 2012

Happy Friendiversary

bismillah..

jika empat tahun yang lalu, tuhan tidak mentakdirkan pertemuan kita, pasti aku tidak kenal siapa gerangan pemilik nama tersebut. jika tiada pertemuan empat tahun yang lalu, pasti kisah hidup aku dicorak dengan warna yang berbeza.

namun, tuhan telah mentakdirkan pertemuan tersebut. Pertemuan yang banyak memberi kesan pada hidup aku sepanjang empat tahun yang lepas. dari teman menjadi kasih bertukar sayang. tapi takdir tuhan siapa dapat menyangka. kecewa, hampa, luka. tak pernah memberi sepenuh peluang kepada bahagia. tidak seperti peluang-peluang yang aku berikan pada kau. pada setiap kali kau melukakan, aku ubati dengan maap. sehinggakan kau sanggup melukakan aku berkali-kali. namun, aku tetap memberi maap itu.

pada saat kau tanya tentang perasaan aku, ingin saja aku luahkan betapa aku tak pernah berhenti menyayangi kau walau sedalam mana kau sakiti aku. tapi aku takut. tak sanggup lagi rasanya menghadapi kekecewaan yang entah keberapa kalinya. jadi aku pendamkan segala perasaan agar tidak meletakkan harapan yang tinggi. yang aku sendiri tidak pasti akan kesudahannya.

walau kekadang sukar untuk aku mengawal perasaan ini, aku cuba sedaya aku untuk melihat kau hanya sebagai kawan. soal hati, biarlah aku simpan di hati. dan soal jodoh, biarlah Allah sahaja yang menentukannya.

HAPPY FRIENDIVERSARY
April 25, 2008 - April 25, 2012

Thursday, March 29, 2012

sesuatu yang hilang

kadang-kadang dalam hidup ni memang tak semua yang kita impikan, akan kita capai
tak semua benda yang kita suka itu baik untuk kita
walau seteguh mana kita pertahankan sesuatu itu, tapi kalau dah tertulis ianya bukan hak kita, sampai satu masa kita harus lepaskan juga
dan melepaskan sesuatu yang kita suka itu amat berat dan sakit
rasa kecewa, terluka bercampur baur menjadi satu penyakit hati yang amat parah
tapi percayalah takdir Allah itu maha adil

lepaskanlah ia.
semoga menjadi pengajaran terbaik dalam hidup
mengajar kehidupan dari sudut berbeza
dan mendekatkan kita kepadaNya.

kashaf

Saturday, February 18, 2012

peringatan! :)

"wahai para lelaki, janganlah kamu mencintai seseorang perempuan itu melainkan dengan niat untuk memperisterikannya."

hah, kalau semua lelaki amalkan prinsip cmni kan bagus. tak ada pihak perempuan asyik complain lelaki ni suka permainkan mereka lah, tak setia, blah blah blah..

tak ada sesiapa yang suka dikecewakan sbb cinta beb. baik lelaki mahupun perempuan.

p/s: as a reminder for all as well as for myself: cinta yang hakiki tu hanyalah cinta Allah. :)

Tuesday, February 14, 2012

jiwa kacau?





Rasa tenang bila lihat gambar-gambar di atas. gambar ni masa aku g trip dengan kawan-kawan dulu.. tak ingat lah aku yg ambil atau kawan aku. yg pasti ada koleksi aku sekarang. satu perkataan yang boleh aku cakap untuk menggambarkan situasi di atas: Subhanallah..

p/s: aku sedang mood mencari ketenangan jiwa. huh

Sunday, February 12, 2012

hak org yg meminta maap

manusia mana yang kat dunia ni Allah xkurniakan perasaan marah. yup, semua orang buat silap. "tiada manusia yg sempurna". jadi, mmg menjadi tanggungjawab org yg bersalah itu untuk meminta maap. satu perkara yang perlu diingat. kesalahan dengan manusia, harus diminta ampun dari manusia juga.

apa yang aku nak tekankan kat sini bukannya pasal org yg meminta maap itu, tp org yg diminta maap. sedar tak sedar kita ada hak yg harus ditunaikan kepada orang yg meminta maap tadi. iaitu dengan memaapkannya. aku pernah la dengar org ckp, " aku ade hak la nak maapkan kau atau tak". yup! itu hak anda. bagaimana pula dengan hak org lain. tahukan anda kalau kita tak memaapkan seseorg itu, kita dah dianggap sebagai menghalang hak org yg ingin bertaubat.

yes, mmg tak mudah nak maapkan orang lain. lebih2 lagi kalau perkara yg org buat tu betul2 dah menyakitkan kita. xkisahla dar segi fizikal atau hati. tapi hak kita adalah utk memaapkan org tersebut. selagi kita tak maapkan org tu, selagi tulah perasaan marah, benci dan mungkin lama-lama boleh jadi dendam bersarang dalam hati. bila kita memaapkan seseorg, bermakna kita redha dengan takdir yg Allah tetapkan utk kita. dan siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah.

aku sendiri pun pernah rasa marah yg amat sampai satu tahap aku ambil keputusan utk tidak memaapkan org tersebut. tp sampai bila? satu perkara yang org selalu ckp juga, "kalau betul kau dah maapkan sesorg tu, kau mesti dah boleh lupakan apa yg org tu buat kat kau". ouh itu silap sama sekali. memory kita ni bukannya mcm memory file di komputer. boleh didelete sesuka hati. cuma yg bezanya mcm mana kita lihat kesalahan yg org tu buat pada kita dulu dan sekarang. kalau dulu, mungkin bila kita ingat balik, mesti akan timbul perasaan marah yg membuak2. tp bila kita dah maapkan org tu, kita akan ambil itu sebagai pengajaran, suatu ketentuan.

kwn aku pernah tanya pada ustaz dia. "ustaz, mcm mana kalau ada org yg rogol anak ustaz sampai mati. lepas dia dah bertaubat dia datang minta kerja dengan ustaz? ustaz nak terima ke org tu" dan ustaz itu pun jawap "ya". dan kalau perkara yg sama berlaku pada aku, insyaAllah aku mampu maapkan org tu, tp nak ambil org tu kerja dengan aku mmg tidak la. *i'm not perfect* and berhubung kisah ni, kawan aku ade cerita kat aku. aku xingat sgt full story, tp lebih kurang mcm ni la.

Rasullulah sangat marah dan sedih dengan tindakan Hindon yg mengupah org untuk membunuh sahabat Rasullulah, Hamzah. kalau tak silap aku, lepas org tu bunuh Hamzah, si Hindon ni pergi kunyah2 hati Hamzah sbb perasaan dendam yg amat. Rasullah mmg sgt marah dengan tindakan Hindon tu. Tapi akhirnya Hindon tu bertaubat dan minta maap pada Rasullulah. Rasullulah maapkan tp dia tak boleh tengok muka Hindon. *i'm not a good storyteller*

so kesimpulannya, sebaiknya bila kita ditimba musibah, lihatlah dari sudut yg positive. sbb tu ada kalanya, bila aku dah maapkan seseorg tu, kalau boleh aku tak nak jumpa org tu lagi. sbb aku takut boleh menimbulkan perasaan yg dah tak sepatutnya ada dalam hati ni bila aku dah maapkan orang tu.