Saturday, February 18, 2012

peringatan! :)

"wahai para lelaki, janganlah kamu mencintai seseorang perempuan itu melainkan dengan niat untuk memperisterikannya."

hah, kalau semua lelaki amalkan prinsip cmni kan bagus. tak ada pihak perempuan asyik complain lelaki ni suka permainkan mereka lah, tak setia, blah blah blah..

tak ada sesiapa yang suka dikecewakan sbb cinta beb. baik lelaki mahupun perempuan.

p/s: as a reminder for all as well as for myself: cinta yang hakiki tu hanyalah cinta Allah. :)

Tuesday, February 14, 2012

jiwa kacau?





Rasa tenang bila lihat gambar-gambar di atas. gambar ni masa aku g trip dengan kawan-kawan dulu.. tak ingat lah aku yg ambil atau kawan aku. yg pasti ada koleksi aku sekarang. satu perkataan yang boleh aku cakap untuk menggambarkan situasi di atas: Subhanallah..

p/s: aku sedang mood mencari ketenangan jiwa. huh

Sunday, February 12, 2012

hak org yg meminta maap

manusia mana yang kat dunia ni Allah xkurniakan perasaan marah. yup, semua orang buat silap. "tiada manusia yg sempurna". jadi, mmg menjadi tanggungjawab org yg bersalah itu untuk meminta maap. satu perkara yang perlu diingat. kesalahan dengan manusia, harus diminta ampun dari manusia juga.

apa yang aku nak tekankan kat sini bukannya pasal org yg meminta maap itu, tp org yg diminta maap. sedar tak sedar kita ada hak yg harus ditunaikan kepada orang yg meminta maap tadi. iaitu dengan memaapkannya. aku pernah la dengar org ckp, " aku ade hak la nak maapkan kau atau tak". yup! itu hak anda. bagaimana pula dengan hak org lain. tahukan anda kalau kita tak memaapkan seseorg itu, kita dah dianggap sebagai menghalang hak org yg ingin bertaubat.

yes, mmg tak mudah nak maapkan orang lain. lebih2 lagi kalau perkara yg org buat tu betul2 dah menyakitkan kita. xkisahla dar segi fizikal atau hati. tapi hak kita adalah utk memaapkan org tersebut. selagi kita tak maapkan org tu, selagi tulah perasaan marah, benci dan mungkin lama-lama boleh jadi dendam bersarang dalam hati. bila kita memaapkan seseorg, bermakna kita redha dengan takdir yg Allah tetapkan utk kita. dan siapa kita untuk menidakkan ketentuan Allah.

aku sendiri pun pernah rasa marah yg amat sampai satu tahap aku ambil keputusan utk tidak memaapkan org tersebut. tp sampai bila? satu perkara yang org selalu ckp juga, "kalau betul kau dah maapkan sesorg tu, kau mesti dah boleh lupakan apa yg org tu buat kat kau". ouh itu silap sama sekali. memory kita ni bukannya mcm memory file di komputer. boleh didelete sesuka hati. cuma yg bezanya mcm mana kita lihat kesalahan yg org tu buat pada kita dulu dan sekarang. kalau dulu, mungkin bila kita ingat balik, mesti akan timbul perasaan marah yg membuak2. tp bila kita dah maapkan org tu, kita akan ambil itu sebagai pengajaran, suatu ketentuan.

kwn aku pernah tanya pada ustaz dia. "ustaz, mcm mana kalau ada org yg rogol anak ustaz sampai mati. lepas dia dah bertaubat dia datang minta kerja dengan ustaz? ustaz nak terima ke org tu" dan ustaz itu pun jawap "ya". dan kalau perkara yg sama berlaku pada aku, insyaAllah aku mampu maapkan org tu, tp nak ambil org tu kerja dengan aku mmg tidak la. *i'm not perfect* and berhubung kisah ni, kawan aku ade cerita kat aku. aku xingat sgt full story, tp lebih kurang mcm ni la.

Rasullulah sangat marah dan sedih dengan tindakan Hindon yg mengupah org untuk membunuh sahabat Rasullulah, Hamzah. kalau tak silap aku, lepas org tu bunuh Hamzah, si Hindon ni pergi kunyah2 hati Hamzah sbb perasaan dendam yg amat. Rasullah mmg sgt marah dengan tindakan Hindon tu. Tapi akhirnya Hindon tu bertaubat dan minta maap pada Rasullulah. Rasullulah maapkan tp dia tak boleh tengok muka Hindon. *i'm not a good storyteller*

so kesimpulannya, sebaiknya bila kita ditimba musibah, lihatlah dari sudut yg positive. sbb tu ada kalanya, bila aku dah maapkan seseorg tu, kalau boleh aku tak nak jumpa org tu lagi. sbb aku takut boleh menimbulkan perasaan yg dah tak sepatutnya ada dalam hati ni bila aku dah maapkan orang tu.